banner.jpg

Kaunseling & Anda

My Kingdom
My Profile
My Ameer
My Family
My Wedding
My Friends
Kaunseling & Anda
Beauty and Health
KaryAku
Contact Me
Links

"Bantu diri sendiri untuk membantu orang lain"
Sedikit info yang mungkin boleh membantu anda...

dbiescenic.jpg

 Kegagalan & Kemenangan

Kegagalan bukan bermakna

saya telah gagal

Ia bermakna

 saya belum lagi berjaya

Kegagalan bukan bermakna

saya tidak mencapai apa-apa

Ia bermakna

saya telah pelajari banyak perkara

Kegagalan bukan bermakna

saya telah diperbodohkan

Ia bermakna

saya berkeyakinan kuat mencuba sesuatu

Kegagalan bukan bermakna

saya telah diaibkan

Ia bermakna

saya berani meneroka sesuatu

Kegagalan bukan bermakna

saya tidak mendapat apa-apa kejayaan

Ia bermakna

kini saya perlu lakukan sesuatu dengan cara lain

Kegagalan bukan bermakna

martabat saya telah tercemar

Ia bermakna

saya bukanlah sempurna

Kegagalan bukan bermakna

saya telah membazir hidup saya

Ia bermakna

saya ada alasan untuk memulakan kehidupan baru

Kegagalan bukan bermakna

saya perlu menyerah kalah

Ia bermakna

saya mesti berusaha lebih kuat lagi

Kegagalan bukan bermakna

saya tidak mungkin akan berjaya

Ia bermakna

saya perlu banyak bersabar

Orang yang tidak pernah gagal

adalah mereka yang tidak pernah berbuat apa-apa 

*Diterjemah & diubahsuai oleh Dr. Shukri Abdullah

Horizontal Divider 25

Disiplin : Amal 12 perkara setiap hari

Terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh pelajar untuk meningkatkan disiplin diri. Yang penting ialah pelajar perlu mempunyai tahap kecekalan, kesabaran dan komitmen yang tinggi. Tanamkan azam secukupnya dan lakukan perkara-perkara yang berikut:

1. Tentukan matlamat kerja dengan jelas dan `hiduplah' dengannya.

Anda perlu menetapkan apakah kebolehan atau matlamat yang anda harapkan daripada sesuatu usaha yang sedang atau akan anda lakukan. Sebagai contoh, anda hendak meningkatkan keupayaan anda menulis karangan sepanjang 350 patah perkataan dalam setengah jam. Jadi, jangan berpeluk tubuh dan berlengah-lengah. Latih diri anda secukupnya supaya matlamat anda itu tercapai sebelum peperiksaan.

2. Menyediakan jadual harian yang praktikal dan mudah diikuti.

Jadual yang anda sediakan mesti praktikal dan secocok dengan gaya hidup anda. Kemudian berikrarlah di depan jadual anda, dan pada diri sendiri bahawa anda akan patuh kepada jadual yang anda buat sendiri.

Jadual yang baik sebenarnya adalah bersifat anjal. Anjal bermakna, anda boleh mengubahsuainya, tetapi masih patuh kepada disiplin hidup berjadual. Anda mesti berazam memperbaharui tekad anda untuk menjadi manusia yang berguna setiap hari, setiap kali bangun daripada tidur.

3. Bertekad dan sabar

Pastikan apabila kita membuat sesuatu kerja, selesaikan. Bukan sekerat jalan sahaja.

4. Pengurusan masa

Menguruskan masa merupakan tugasan yang sukar dan mencabar, tetapi boleh dilakukan. Gunakanlah masa yang ada untuk melakukan kerja yang berfaedah. Jangan bertangguh. Tetapkan keutamaan tugasan, serta waktu yang paling sesuai untuk membuat sesuatu tugasan.

5. Istiqamah dengan jadual harian

Peganglah janji anda selepas berikrar untuk mematuhi jadual harian yang anda rancang.

6. Tidak mudah kecewa.

Jangan seret kekecewaan atau kegagalan silam sehingga menyukarkan perjalanan menuju kejayaan. Yang sudah biarkanlah ia berlalu.

7. Belajar daripada kejayaan dan kegagalan orang lain.

Pepatah Melayu ada menyebut, yang baik dijadikan tauladan, yang buruk dijadikan sempadan.

8. Berdoa.

Selepas berusaha habis-habisan, kita bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t. Semoga usaha kita diberkati. Amalkan beberapa doa kejayaan.

9. Mementingkan kesenangan jangka panjang.

Pelajar yang matang fikirannya akan memikirkan keuntungan jangka panjang. Abaikan dahulu keseronokan jangka pendek yang boleh menyebabkan kita menangis dan meratap kerana gagal dalam hidup.

10. Memikirkan pengorbanan keluarga.

Ingatlah setiap sen yang dibekalkan oleh ibu atau bapa setiap pagi sebelum ke sekolah. setiap suap makanan yang kita jamah akan menjadi darah daging kita. Darah daging kita adalah hasil penat lelah ibu bapa kita. berilah mereka sedikit kegembiraan dengan lulus dalam peperiksaan.

11. Mencari rakan berdisiplin.

Bijak mencari rakan adalah penting. Jangan sehingga kita diheret kekancah kegagalan oleh kawan-kawan yang tidak memikirkan masa depannya. Andak mungkin ketawa beramai-ramai, tetapi menangis seorang diri.

12. Sedikit tetapi berterusan.

Biarlah hari ini anda hanya menjawab satu soalan, tetapi anda benar-benar faham dan menguasai soalan berkenaan. Fikirkan kualiti, bukan kuantiti.

People don’t choose to fail,they fail to choose – Chau Ly

Tangani Stress Anda

Hai...sejak kebelakangan ni saya sering kali stress..entah laa kenapa..maybe sbb byk perancangan saya yg x menjadi...untuk menangani stress saya ada melawat ke lmn web Kementerian Kesihatan Malaysia..so guys, if u have same situation as mine, this maybe can help u...check it out!

Stress adalah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua mengalami stress - dirumah, sekolah atau tempat kerja.

Kita perlu sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stress boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang. Stress yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.

Kenapa anda stress?
+Diri sendiri (contoh: Anda kecewa, anda tidak dapat apa yang anda mahu)
+Keluarga anda (contoh: Masalah dengan suami/isteri dan anak, pindah rumah, masalah kewangan)
+Pekerjaan anda (contoh: Anda tidak dapat menyiapkan kerja, anda tidak cemerlang dalam kerja, ketua anda tidak berpuas hati dengan kerja anda, anda tidak dinaikan pangkat, tukar kerja, dibuang kerja)
+Komuniti anda (contoh: Jiran dan komuniti tidak ramah)

Bila anda rasa stress ...

#Jantung berdegup kencang dan sukar bernafas
#Anda cepat marah
#Anda rasa tidak gembira
#Anda kehilangan selera makan
#Anda hilang minat bekerja
#Anda tidak cukup tidur
#Anda menengking-nengking
#Anda ingin membaling sesuatu
#Anda cuba menjauhkan diri

Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:

1.Menyedari yang anda sedang marah ... Katakan : "Saya sedang marah!"
2.Bertenang ... kira hingga 10, tarik nafas panjang dan mengucap
3.Kenal pasti kenapa anda marah
4.Cuba dengar penjelasan orang lain
5.Jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
6.Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
7.Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
8.Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

Kuasai kemahiran untuk menyelesaikan masalah cara IDEAL

I - Kenal pasti masalah (Identify the problem)
D - Jelaskan pilihan yang boleh diambil (Describe possible options)
E - Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya (Evaluate
consequences of each option - the pro's and con's)
A - Bertindak - pilih satu cara untuk bertindak (Act)
L - Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak (Learn)

Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah :

1-Berfikir secara positif
2-Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
3-Belajar menyukai diri sendiri
4-Usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
5-Belajar menerima apa yang tidak dapat diubah
6-Jangan risau tentang kekurangan yang ada
7-Bertenang
8-Lakukan senaman selalu
9-Adakan hobi
10-Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
11-Dapatkan tidur yang cukup
12-Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
13-Bersifat asertif. Berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar, jemputan atau temu janji yang anda tiada masa untuk hadiri
14-Tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda. Tidak semua anda dapat kecapi. Sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan

If you accept the expectations of others, especially negative ones, then you never will change the outcome – Michael Jordan

10 LANGKAH MEWUJUDKAN KEYAKINAN DIRI

Berikut merupakan 10 langkah yang ringkas ke arah mewujudkan keyakinan diri:

 

# Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain.

# Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?

# Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. # Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif

# Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.

# Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.

# Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu.

# Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.

# Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.

# Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas

 

*sumber dipetik daripada Portal Pendidikan Utusan

He who has the courage to laugh is almost as much a master of the world as he who is ready to die – Giacomo Leopardi

Rasa Sedih
Bagaimana menghadapinya?
 
BERSEDIH SELEPAS KEHILANGAN SESEORANG YANG DISAYANGI ATAU KERANA SESUATU PERKARA YANG MERUNTUN HATI ADALAH LUMRAH BAGI INSAN. TETAPI BAGAIMANA JIKA KESEDIHAN ITU BERLANGSUNG BERMINGGU-MINGGU,BERBULAN-BULAN ATAU BERLANJUTAN HINGGA BERTAHUN-TAHUN?
 
Rasa sedih membuatkan seseorang itu bukan sahaja hilang pertimbangan tetapi tenggelam punca dan merasakan diri sebagai 'hilang' segala-galanya. Walaupun setiap individu berhak untuk merasa sedih tetapi kesedihan mesti ditangani bukan dibebani. Apabila dicengkam rasa sedih, beri masa kepada diri sendiri untuk pulih tetapi jangan terlalu ikutkan perasaan hati hingga perkara itu berlarutan. Paling penting, jangan menyendiri. Dapatkan sokongan untuk memulihkan kembali perasaan. Bagaimana?
 
1) Mengadu atau luahkan kepada rakan dan ahli keluarga tentang perasaan anda. Bagaimanapun, jangan terlalu mengharapkan kesan kerana mereka mungkin tidak memahami apa yang anda sedang lalui. Sebagai pendengar yang baik, mereka boleh meringankan bebanan anda melalui pandangan dan nasihat. Cuba untuk mengambil pandangan positif sebagai senjata untuk melindungi diri anda dari terus dibelenggu kesedihan.
2) Berada di dalam kesedihan menjadikan seseorang itu alpa tentang kesihatan kerana orang yang dibelenggu rasa sedih akan cenderung untuk tidak makan. Carilah teman yang dapat mempengaruhi dan membuka selera anda. Ketika itu, cuba untuk hindarkan emosi dan pemikiran anda daripada dipengaruhi oleh kesedihan. Jangan membuka cerita anda sebaliknya cari topik yang boleh membangkitkan suasana ceria.
3) Dapatkan sokongan tambahan daripada orang-orang yang berpengalaman dalam menangani kesedihan. Buat temujanji dengan seorang kaunselor atau menyertai suatu kumpulan sokongan melalui e-mail. Dengan sokongan mereka, kesedihan anda akan dapat diatasi dan anda juga terdorong untuk mengubah situasi. Bersendiri akan membuatkan anda terus terperangkap dalam kemelut yang tiada berpenghujung.
4) Anda belum dapat membuang rasa sedih malah kesedihan semakin menjerut setiap kali anda cuba hendak menyisihkannya. Mandapatkan rawatan perubatan adalah alternatif untuk menyelesaikan masalah yang masih terbelenggu. Berbincang dengan doktor mengenai anti-depresi sekiranya anda sukar hendak bertindak balas. Bagaimanapun, jangan terlalu ghairah untuk mencuba kerana ubat boleh memudaratkan.
5) Pasrah, kesedaran dari dalam diri dan semangat untuk tidak terus berada dalam perangkap kesedihan adalah penawar paling baik. Anda mesti mencuba untuk melupakan sejarah dan kenangan lama. Ingat bahawa semua insan mempunyai kesedihan tersendiri dan anggaplah bahawa kesedihan mereka lebih teruk berbanding diri anda sendiri.
*dipetik daripada majalah Rapi

The more time you spend worrying about the past, the less time you have to think about the future – Anthony Robbins

  

powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

|||||||||||||||||||| Y Intan’s Y||||||||||||||||||||