"Beberapa kuntum puisi sebagai teman kala bersendirian..."
Ini adalah ruangan karya-karya kreatif Puteri Mawar Jingga (sayalah tu!!)...sama ada sajak,cerpen dsb.
Selain karya-karya sendiri, saya ada juga muatkan nukilan-nukilan karyawan lain yang saya gemari..
'Setiap detik berlalu
beribu kenangan wujud
setiap detik setiap masa
kan tersemat di sudut sanubari
hari-hari yang lalu
bagaikan telah lama bersemadi
namun sisa-sisa kenangan
masih segar di benak khayalan
dalam kabus pagi
lalu aku mengenangi...'

Sepanjang Perkenalan
Di
kemerahan senja
Dalam
kesyahduan fajar
Kau
tiba,
Di sepanjang perjalananku
Menyapa hati yang kian sepi
Putik-putik kemesraan mekar di hati
Kau
beri keindahan
Kau
mengajar kedewasaan
Aku
menyambut…
Sepanjang perkenalan
Tiada mengenal kekecewaan, putus asa,
penderitaan
Aku bahagia,bahagia…
Sepanjang
perkenalan
Mencatat
sejarah hidup
Dalam
memori penuh makna
Malam
Duhai malam, hatiku sepi…
Keseorangan di kamar ilusi
Duhai malam, hatiku sepi…
Teringatkan insan yang jauh di mata
Duhai malam, hatiku sepi…
Jauh dari kekacauan fikiran
Duhai malam, hatiku sepi…
Mengingatkan kembali kenangan dulu
Duhai malam, hatiku sepi…
Yang kedengaran hanyalah deru angin
Duhai malam, hati ini sunyi
Terkapar keseorangan di lautan mimpi fantasi.
Puteri Mawar Jingga
7 Mei 2004
Jumaat (9.30 mlm)
Kolej Ibu Zain, UKM
Kedamaian
Di kala sepi ini…
Ku lihat pepohonan hijau melambai-lambai
Segar sekali hijaunya
Udara nyaman menyusup masuk rongga peparuku
Kabus seputih salju menyelimuti bukit bukau di hadapanku
Maha suci Allah!
Dia yang menciptakan segalanya!
Aku kagum akan ciptaan-Mu ya Allah!
Burung-burung berkicauan
Terasa tenang hati ini
Pohon pisang, pinang, getah dan sebagainya
Seolah-olah melambai-lambai padaku
Mengutuskan salam…
Salam nan syahdu
Tapi, baru kusedar…
Kedamaian dan ketenangan di sini akan kutinggalkan
Kerna aku ‘kan pulang ke kampung halamanku…
Tidak lama lagi
Sayu rasa di hati..
Kenapakah, mengapakah aku tidak melihat
Keindahan ini dari dulu lagi?
Oh, Tuhan!
Puteri Mawar Jingga
7 Nov. 2002 (Khamis)
8.30 pg
MRSM Jeli
Kasih
Kasih
Hadirmu
bagai penyinar dalam hidupku
Kau
telah membuat hidupku lebih bermakna
Kerana
engkau jugalah
Aku
terus gagah melayari lautan kehidupan ini.
Kasih
Bantulah
aku dalam melayari hidup ini
Kerana
aku adalah golongan yang lemah
Sesungguhnya
ciptaan kaummu untuk
Membantu
kaumku
Kasih
Berilah
aku semangat untuk meneruskan
Perjuangan
ini
Berilah
aku satu senyuman
Sebagai
perangsang dalam hidupku
Kerana
engkaulah, kerana senyuman engkaulah
Aku
kuat dan bertenaga untuk meneruskan
Perjuangan
ini
Dila
Z.A –the only one-
29
Julai 2001
10.02
mlm
MRSM Jeli
"..."
It is not always easy
To apologies
To start all over again
To admit a mistake
To ask for advice
To be unselfish
To keep trying
To think first and act afterwards
To learn from mistakes
To forgive and forget
To accept critics
Deserved and undeserved
But it always pays
And it is nice to be important
But it is more important to be nice
anonymous
Tika Itu
Tika itu,
Tika aku membuka mata…
Kulihat serpihan-serpihan rindu
Yang telah berkecai dilanda cemburu…
Cemburu…
Kau sememangnya buta,
Merempuh rindu dan bahagia
Kau hanya meninggalkan…
Sisa-sisa duka dan terluka
Bagaimanakah harus kulakukan…
Supaya kau berlalu pergi
Tanpa mengguris walau sedikitpun hatiku?
Puteri Mawar Jingga
Dikau Kurindui
Telah
lama…
Tak
ku dengar suaramu
Tak
ku dengar gelak tawamu
Tak
ku lihat wajahmu
Sayang,
Kenapa
kau menghilang?
Saban
hari,
Ku
merinduimu
Di
manakah dikau?
Kasih,
Ku
dambakan sepenuh hati
Demi
cinta kita
Yang
abadi, selamanya.
Puteri Mawar Jingga
12 Mac 2001 (Isnin)
1.19 pagi
Wujudmu Dalam Rinduku
Kita berjumpa pada suatu hari
Kau membawa sinar padaku
Terjalinnya ikatan kasih sayang antara kita
Sebagai abang dan adik
Cuma kita berdua sahaja memahaminya
Alangkah mulianya perhubungan misteri ini
Menjadikan kita insan yang luhur…
Tanpa sebarang noktah
Kasih sayang tiada berpenghujung
Apakah akan wujud lagi perhubungan sesuci ini
Selepas ketiadaanmu???
Setelah kau kembali di sisi-Nya
Diriku mula merinduimu
Merindui setiap kata-katamu
Merindui setiap nasihatmu
Tiada apa yang dapat kulakukan
Selain memanjatkan doa buatmu
Agar kau ditempatkan bersama orang yang soleh…
Dalam diam air mataku gugur
Wujudmu dalam rinduku!
Puteri
Mawar Jingga
|