banner.jpg

Beauty and Health

My Kingdom
My Profile
My Ameer
My Family
My Wedding
My Friends
Kaunseling & Anda
Beauty and Health
KaryAku
Contact Me
Links

Tips-tips kecantikan dan kesihatan

Petua-petua menghilangkan jerawat



1) Parutkan jagung muda & sapukan ke muka anda. Biarkan beberapa minit & basuh dengan bersih. Sapukan sekali lagi jagung muda tadi dan biarkan semalaman di muka anda.

2) Basuh muka dengan air suam & kemudian gosok dengan tomato masak. Biarkan ia kering. Bilas muka dengan air suam.

3) Amalkan memakai bedak sejuk dengan bunga tanjung yang anda tumbuk dengan lumat. Campurkan dengan sdikit kapur. Campurkan bahan-bahan tadi dan gaul hingga sebati. Sapukan di muka sebelum tidur.

4) Air limau nipis dan 1 sudu minyak masak. Campurkan bahan-bahan tadi & sapukan di muka sebelum tidur. Keesokan harinya, rendamkan beberapa keping asam gelugor dengan air panas. Basuh muka anda dengan air tersebut. Gosokkan pada tempat yang berparut.

5) Beberapa sudu tepung ubi kayu dicampur air asam jawa. Sapukan ke seluruh muka. Amalkan seperti memakai bedak sejuk.

6) Setengah biji timun diparut halus dan dicampur dengan kuning telur kemudian disapukan ke muka selama 15-20 minit. Bilas dengan air biasa sehingga bersih. Ulangi sehingga jerawat kering.



Khasiat buah epal



Epal kaya dengan kandungan serat. Epal mampu menurunkan kolesterol dalam badan serta membantu mencegah kanser. Anda boleh menjadikan epal sebagai snek harian kerana buah ini berkalori rendah. Selain itu, epal juga terbukti dapat melindungi anda daripada penyakit jantung dan kanser paru-paru.



Khasiat susu



Merendam kaki dengan susu boleh menjadikan kulit kaki halus dan terasa lebih segar. Caranya, campurkan 500-750 ml susu segar dengan 10 liter air panas, lalu rendam kaki anda selama 10-15 minit.



Facial sendiri di rumah



Anda tidak mempunyai masa untuk melakukan facial di salun kecantikan atau kekurangan bajet? Anda boleh lakukan sendiri di rumah.



Bahan-bahan yang diperlukan:

Lilin aromaterapi/ lilin wangi, Minyak aromaterapi (lavender, ylang-ylang, vanilla dsb ikut citarasa), Muzik kegemaran, Tuala muka, Pembersih muka, Scrub utk muka, Masker utk muka, semangkuk air panas dan pelembab.



Cara-caranya:

Pasang muzik kegemaran dengan perlahan (sesuai utk suasana relaks dan santai) untuk ketenangan jiwa. Nyalakan beberapa lilin aromaterapi agar suasana bilik lebih tenang. Mulakan dengan mencuci muka dari segala kekotoran dan sisa-sisa make-up. Setelah muka menjadi bersih, wapkan muka dengan semangkuk air panas yang dititikkan beberapa titis minyak aromaterapi dan hadapkan muka ke arah mangkuk tadi dan selubung kepala dengan tuala. Biarkan wap air panas membuka pori-pori. Setelah itu, gunakan scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dengan membuat putaran mengikut arah jam. Bilas dengan bersih. Kemudian, aplikasikan masker ke muka dengan melakukan urutan perlahan-lahan. Pastikan anda memilih masker yang sesuai dengan jenis kulit anda. Biarkan sehingga masker kering. Bilas dengan air bersih. Lap muka hingga kering dan anda boleh memakai pelembab yang sesuai dengan kulit anda.

Tumit Kaki Pecah

Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-
1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Mencantikkan Kulit Muka

Untuk jadikan kulit muka yang cantik, mestilah rajin mencuci.
1. Sapu muka dengan telur -merah/putih biar hingga kering
2. Cuci muka dengan air suam dan sapukan limau nipis dan basuh sekali lagi kemudian lapkan dgn tuala yg bersih.Lakukan sekali sehari insyaallah kulit muka anda tidak ditumbuhi jerawat dan menegangkan kulit muka yang kendur.

Memutihkan Kulit Muka

Ambil sebatang timun batang diparut isi dalamnya dan campur bersama ½ biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dan dipakai pada muka tiap-tiap malam insya-Allah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.

Tajamkan Penglihatan

Amalkan hidup anda dengan meminum air suam setiap hari, mandi pada waktu subuh iaitu sewaktu bangun tidur dengan siramkan air dari hujung kaki hingga kepala. Makanlah buah-buahan seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok, dan selalu menghadap ke kiblat.

Supaya gigi lebih putih

Ada satu cara untuk memulihkan gigi anda iaitu dengan menggunakan garam halus sahaja. Mula-mula ambil garam halus sebanyak 1 sudu campurkan dengan titisan air tapi ingat jangan terlalu banyak memadai lembab saja memudahkan anda mencoleknya. Kemudian gosoklah garam tadi pada gigi anda. Sebaik-baiknya gunakan berus gigi yang rapat, beruslah berulang kali dan ulangi selama satu hingga dua minggu. Hasil yang anda perolehi ialah mendapat deretan gigi yang putih bagaikan mutiara.

Mengurangkan Batuk

Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Merawat Ketumbit

Jika ada dalam kalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, tak perlulah risau kerana ketumbit mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang berketumbit tadi 3 kali sehari. Insya-Allah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.

Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris-hiriskan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.

Kilatkan Cermin Mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin
mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih
atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.





Tips-tips tersebut dipetik daripada majalah-majalah kecantikan...

ALLSTAR Perfumes - Peluang Tambah Pendapatan

  

powered by lycos
SEARCH:Tripod The Web

|||||||||||||||||||| Y Intan’s Y||||||||||||||||||||